Events
RM72.00
SHAHARIR MOHAMAD ZAIN, Al-Raniyriy: Tentang Asal Mula dan Segala Tabii
Price RM72.00
Product SKU 9789674882488
Brand Penerbit UM
Size (L x W x H) 19 cm x 13 cm x 4 cm
Availability Out Of Stock
Description

Al-Raniyriy₀: Tentang Asal Mula dan Tabii Segala bertujuan menghakiskan sedikit-sebanyaknya pandangan dan kepercayaan bahawasanya bahasa Melayu tidak pernah mengandungi sains. Manuskrip yang dibicarakan mengandungi sains biologi dan sains fizik (termasuk astronomi, kosmologi, kosmogoni dan kosmogenesis) dan ditulis dalam pertengahan separuh pertama abad ke-17 M. Buku ditujukan kepada para guru dan pensyarah sains (terutamanya biologi dan fizik), pengajian Melayu dan orang awam amnya terutamanya peminat sejarah tamadun Malayonesia berbahasa Melayu Istimewanya buku ini ialah buat pertama kalinya pembaca berpeluang mentelaah, menikmati atau menyaksi sendiri dengan konkrit dan eksplisitnya akan tahap bahasa Melayu abad ke-17 sebagai bahasa sains dan sains yang dibicarakan sebahagiannya mendahului yang dibicarakan di Eropah kemudiannya.

Malah ada unsur sainsnya yang berpotensi dikontemporerkan. Lebih istimewa lagi kerana sarjana yang membicarakan sains biologi dan fizik ini ialah bukan seorang yang ber-ADN/DNA Melayu tetapi seorang sarjana ulama yang berasal dari Gujerat, India dan berhijrah ke Aceh dan Pahang hanya untuk sekitar 10 tahun sahaja. Kebolehannya berkarya dalam Bahasa Melayu membuktikan bahasa Melayu bertaraf bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu pada abad ke-17 M.
---
SHAHARIR MOHAMAD ZAIN adalah Profesor Emeritus dalam bidang Matematik Fizik. Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan Sains dan Matematik di Malaysia dan pernah menjadi presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).