Events
Polisi Pemulangan & Pengembalian Wang

1.  Pembelian produk merupakan tanggungjawab pengguna dan PAN tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pembelian.

2. Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian, pengguna perlu memaklumkan kepada PAN dalam tempoh 12 jam waktu bekerja.

3.  PAN tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan penghantaran kerana kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna.

4. Proses pemulangan hanya boleh dibuat apabila,

  • Buku rosak atas faktor kecuaian pihak PAN.
  • Penghantaran buku yang salah atas faktor kecuaian PAN.

5. Setiap pembelian tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan bayaran kecuali penukaran produk bergantung kepada terma dan syarat.

6. Setiap pemulangan perlu disertakan sekali dengan resit pembelian dan produk mestilah dalam keadaan sempurna. Jika terdapat kerosakan pada produk yang disebabkan oleh pelanggan, proses pemulangan tidak akan diambil kira.

7. PAN juga tidak akan bertanggungjawab jika proses pemulangan rosak/hilang sewaktu penghantaran. Setelah PAN mengesahkan semua keadaan yang memerlukan pemulangan, wang pelanggan akan dikembalikan dalam tempoh 5 hari bekerja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kes pemulangan, sila hantar produk anda ke: 19, Jalan Inai 1, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Selangor.

 

Sila hubungi kami di riwayatmy@gmail.com atau 010-227 9113, untuk sebarang pertanyaan atau keraguan.