Events
RM42.00
ARENA WATI, Sukma Angin
Price RM42.00
Product SKU 9789836257031
Brand DBP
Size (L x W x H) 21 cm x 15 cm x 3 cm
Availability
Description

Sukma Angin menggambarkan kekuasaan politik Melayu masa silam dan kebijaksanaan Melayu menguasai teknologi perkapalan dan pelayaran laut dalam dengan penentangannya terhadap Penjajah Hindia-Belanda dan Jepun. Arena Wati menulis Sukma Angin dalam konteks Melayu mula kehilangan jati dirinya atau kehilangan akar sejarahnya yang diremangi oleh ekstasi kehidupan terkini yang cuba memadamkan semangat nasionalisme. Sukma Angin bukan sekadar riwayat sebuah kapal. Ia merakamkan keagungan bangsa Melayu dalam ritual, ilmu serta seni pertukangan, pelayaran dan perniagaan maritim.

Arena Wati mengimbas keagungan lampau itu dalam hubungan Sukma Angin sebagai "kapal dagang Melayu tradisional yang terakhir". Oleh itu, novel ini meninggalkan kesan nostalgia, juga rasa benci terhadap penjajah yang berhasrat untuk melumpuhkan penguasaan maritim bangsa Melayu rantau ini. Dunia protagonis novel ini ialah dunia Melayu dan Eropah, watak yang mengerti akan agama dan budayanya; seca prihatin terhadap perjuangan kemerdekaan yang dijalin dengan begitu terperinci, indah lagi dramatik.
---
Arena Wati, atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung, merupakan Sasterawan Negara Kelima, novelis, penulis cerpen dan penulis rencana sastera Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1925, di Kalumpang, Jeneponto, Makasar. Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2009, di Kuala Lumpur. Arena Wati mendapat pendidikan bermula dari Sekolah Voor Volkschool (sekolah Belanda) di kampung kelahirannya (1932) sehinggalah ke peringkat Sekolah Menengah Atas (1953). Pada bulan Oktober 1954, Arena Wati bekerja di Royal Press, Singapura sebagai anggota sidang pengarang untuk majalah HiburanHiburan Filem dan Kisah. Semenjak itulah, Arena Wati mula melibatkan diri dalam dunia penulisan, khususnya kesusasteraan iaitu dalam usia 22 tahun.